
Sulit
5 tahun
Najis berwarna hitam buruk
Saya wanita berumur 22. Sejak kebelakangan ini, najis saya berubah warna hitam nampak seperti buruk. Kenapa doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan dalam sistem usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut
- Pengambilan ibuprofen atau pill zat besi (iron pills)
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.