
Anonymous
2 tahun
Najis berwarna hitam dan berketul2
Saya wanita 39 tahun bekerja di sektor perkilangan di mana memerlukan untuk bekerja pada waktu malam, pertukaran shift setiap minggu… sejak beberapa bukan yang lepas saya sering mengalami najis berwarna hitam dan berketul2., juga kadang ada cirit birit… kadang 4 hari tidak membuang… berat badan susut walaupun makan banyak… kadang nafas sesak dan leber terasa perit… tolong doktor apakah simptom ni membawa kepada sakit kronik? Sebab sebelum itu saya pernah mengkomsim apple cider sebelum tidur malam… selepas tu saya ada mengalami stress yang agak teruk dan mula la segala sakit2 ni saya rasa dalam tubuh saya… terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar dan najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam usus.
- terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Berkenaan dengan simptom lain yang anda alami sejurus dengan najis berwarna hitam, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.