
Sulit
4 tahun
Najis berwarna hitam ketika membuang air besar
Saya berumur 26 tahun. Baru-baru ini, ketika saya membuang air besar, najis saya berwarna hitam. Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Boleh saya tahu sebabnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- Pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
- Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- Radang usus
- Kanser usus
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih