
Anonymous
6 tahun
Najis berwarna hitam pekat dan sembelit
Saya wanita 20an. Baru2 ni sy mgalami keguguran. Dan sy kurang darah. Doc bg sy skotak iberet folic. Sy mkn stiap hari satu biji. Saya dapati najis saya bertukar mjadi hitam pekat dan kadang kala sy sembelit. Adakah ubat ini tidak sesuai utk sy dan saya perlu hentikan mkn ubat ini?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Seperti ubatan yang lain, Iberet Folic juga terdapat kesan sampingan seperti:
- Sembelit
- Cirit-birit
- Ketidak selesaan pada perut
- Najis berwarna hitam pekat
- Alahan
- Kegatalan
- Muka atau lidah bengkak
- Sakit kepala
- Keguguran rambut
- sakit perut yang melampau - perlukan rawatan segera
Walaupun beberapa simptom biasa terjadi, terdapat simptom yang lebih jarang berlaku. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.