
Sulit
5 tahun
Najis berwarna kelabu
Selamat sejahtera…sejak 3 minggu lalu anak saya berusia 2 bulan 23 hari mula minum susu formula sepenuhnya.sejak dari itu,najisnya berwarna hijau kekelabuan dan sedikit bertompok tompok kuning.apakah warna itu normal atau saya perlu bawanya ke hospital?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh bayi anda. Untuk makluman puan, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau. Apabila warna najis bayi hijau kekelabuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- boleh menjadi normal lebih-lebih lagi anak anda masih muda
- jenis susu
- masalah saluran biliari (Biliari atresia)
Memandangkan anak anda hanya mengalami gejala ini sekali, anda perlu kerap memantau jika gejala ini berlaku kembali. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami gejala seperti tidak aktif, kurang menyusu, demam kuning, hilang berat badan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.