
Sulit
5 tahun
Najis berwarna merah
Saya wanita berumur 24 tahun. Kebelakangan ini selepas buang air besar sy dapati najis sy berwarna merah mcm dging. Mula2 ingatkan sbb sy mkn daging malam tu, tp bila jd lagi macam tu tp sy tk makan daging sy start pelik. Sy sedang period skrg tp boleh ke period jdikan tahi saya merah. Lain dari tu, sy tk rasa ape2 masalah kesihatan selain dr pms sy seperti bulan2 lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara sebab najis anda boleh berwarna merah adalah:
- Daripada pemakanan seperti buah naga, buah ceri, bahan pewarna makanan yang lain
- Pendarahan dari usus, dubur atau perut disebabkan oleh luka, radang dan sebagainya
Sekiranya anda masih mengalami gejala ini atau disertai dengan gejala lain seperti sakit perut dan sebgainya, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.