
Sulit
4 tahun
Najis Cair dan Berdarah
Saya lelaki umur 23 tahun. Saya memamg ada gastrik. Dalam khamis pagi minggu lepas perut saya berasa sakit sangat. Bila buang air besar saya dapati seperti najis cair saya berwarna kuning kehitaman + ada darah yang fresh bercampur… petang tu saya ke hospital terus… doktor cakap mungkin ada virus kat perut. Dia bagi antibiotik untuk makan selama 5 hari. Selepas makan antibiotik tu dah okay najis saya keras balik…tapi jadi semula pada hari isnin minggu lepas perut saya terasa sakot sangat… bila pergi ke tandas dan buang air besar… dapati najis saya sama seperti sebelum ini berdarah lagi… keesokkan nya sehingga hari ni kembali normal… tapi perut saya rasa mcm tak selesa sering sebu ,berangin dan sendawa… boleh saya dapatkan penjelasan lanjut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus
- Penyakit Radang Usus
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.