
wuan87.hm
5 tahun
Najis hijau pada mulanya
Syaa wanita 30an, najis sya hmada hijau pada awal sya mbuang najis hari ini, tetapi saya makan tidak juga banyak sangat sayur cuma seimbang sahaja dan ada minum teh hijau dan bird nest sahaja, saya tidak rasa apa apa sakit atau kirang selesa cuma najis pada awal membuang tu hijau… Boleh saya minta penjelasan berkaitan soalan saya itu doc… Tq doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Najis hijau biasanya disebabkan oleh pengambilan sayuran hijau yang sangat banyak dalam diet seseorang kerana klorofil yang terdapat dalam tumbuhan yang menghasilkan warna hijau.
• Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis
• Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus.
• Parasit dan bakteria – pathogen yang tertentu boleh menyebabkan najis menjadi hijau, termasuklah bakteria Salmonella, Giardia (parasit berasaskan air), dan norovirus.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih