
Sulit
5 tahun
Najis hitam normal ke
Ayh sy berumur 60…sudah lma x mkn pil iron, tp ada masuk iron mlalui drip 4hri lpas… Njis tetap wrna hitam. Normal ke? Atau ada ondarahan dalaman? Sbb hb rendah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berwarna hitam gelap boleh disebabkan:
- Pendarahan dalaman usus
- Kesan pengambilan ubat zat besi (iron)
- Pendarahan poilp usus
- Sembelit - tahi duduk terlalu lama dalam usus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan ayah anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.