
Sulit
4 tahun
Najis hitam selepas mengambil ubat sembelit
Saya mengalami sembelit, jadi setiap kali selepas saya makan ubat sembelit, warna najis saya akan bertukar sama ada hitam atau kelabu,boleh saya tahu kenapa begini.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu warna najis bertukar menjadi hitam atau kelabu selepas mengambil ubat sembelit.
Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda perlu memberikan maklumat lanjut terhadap ubat yang anda ambil kerana warna najis anda bertukar selepas mengambil ubat. Oleh yang demikian, kami tidak boleh membuat apa apa kesimpulan jika kami tiada info tentang ubat yang anda ambil.
Untuk mengetahui punca sembelit, dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
- Rujuk pada doktor tentang ubat sembelit dan kesan sampingan ubat itu.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.