
cheritachucks
5 tahun
Najis Hitam & Terasa Pening Kepala
Sejak 2 minggu ini saja dapati najis saya berwarna gelap seperti kehitaman. Saya pernah sakit colitis pada 3 tahun lepas. Saya telah merujuk Dr dan telah menjalani OGDS. Hasil dari OGDS, dapati ada sedikit keradangan tetapi bukan ulser. Dr telah memberikan ubat Pantoprazole (40mg) untuk dimakan. Saya juga mengambil ubat duspatalin yang telah diberikan oleh Dr yg yang merawat saya 3 tahun dahulu, Tetapi najis saya tetap kelihatan kehitaman. Saya amat risau dengan keadaan ini. Bolehkah Dr sarankan beberapa makanan dan aktiviti yang dapat membantu saya? dan saya juga ingin mengetahui apakah punca najis saya berwarna gelap kehitaman.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapiUntuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan najis berwarna hitam antaranya:
Sering kali dikaitkan dengan pendarahan pada system penghadaman iaitu Pendarahan disebabkan oleh ulser peptic dan sebagainya
Pendarahan disebabkan oleh “esopaheal varices”
Barah yang berkaitan dengan system pengahadaman
Adalah amat disarankan untuk anda merujuk hal ini dengan pakar gastroenterology untuk rawatan yang selanjutnya agar masalah ini dapat ditangani.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih