
Sulit
4 tahun
Najis lembut seperti kapas..sakit di tepi pusat kiri
Sy umur 38, mgalami cirit brt 2 mggu lps.diberi antibiotik.lps 2 mggu njis lembk mcm kapas.tepi pusat kiri kdg sakit.berak tak puas

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ajukan.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala cirit-birit yang dihadapi baru-baru ini.
Namun, terhadap beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai simptom yang anda perihalkan, iaitu:
- Cirit-birit boleh disebabkan oleh jangkitan virus
- Keracunan makanan
- Keradangan usus
- Denggi
- Masalah tiroid
Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan segera kerana masalah anda boleh menandakan penyakit yang serius sekiranya ia dibiarkan secara berlarutan. Kami nasihati anda agar untuk memantau simptom-simptom lain seperti:
- Penurunan badan yang mendadak.
- Demam, muntah serta loya
- Batuk atau bersin yang berpanjangan
- Sesak nafas
- Ketumbuhan benjolan kelenjar limpa pada bahagian badan.
Kami nasihatkan agar anda untuk mendapatkan siasatan lanjut mengenai kesihatan anda di hospital untuk mendapatkan punca masalah anda dengan lebih tepat. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.