
Sulit
4 tahun
Najis permulaan keras dan alami buasir
Saya lelaki umur dalam 40an mengalami najis keras permulaan dan biasa di pertengahan,semasa meneran permulaan tidak mengalami pendarahan,tetapi selepas buang air besar terasa tidak selesa di bahagian dubur,sebelum itu telah makan ubat buasir selepas dua miggu kembali normal tetapi masalah ini kembali semula.Apakah rawatan yg perlu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Kurang makan makanan yang kaya dengan serat
- Buasir (hemorrhoid)
- Divertikulitis
- Anal fistula
- Anal fissure
- Kanser usus
- Polip/adenoma (ketumbuhan benign) dalam usus besar
- Ketumbuhan (kanser) usus
Sekiranya anda mengalami gejala tambahan seperti demam, turun berat badan secara drastik dan lemah badan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.