
Sulit
3 tahun
Najis saya bertukar tukar warna. Apabila saya makan sayur, najis akan berwarna hijau kehitaman. Apabila saya makan mi goreng, najis saya menjadi oren terang
Saya lelaki berumur 27 tahun. Kebelakangan ini saya kerap sembelit tetapi saya rasa seperti sudah ok. Sekarang bila saya membuang air besar, saya perhatikan warna najis saya bertukar tukar, terkadang hijau kehitaman, terkadang oren terang. Adakah ini normal? Adakah ini gejala yang membawa kepada penyakit serius?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut keterangan di atas, anda ingin mengetahui tentang, najis yang bertukar warna dari hijau kehitaman (apabila memakan sayur), ke oren terang (apabila memakan mee goreng), dan sekiranya ini merupakan tanda kepada penyakit yang serius. Kami akan cuba membantu mengenai hal ini.
Umumnya terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi warna najis seperti
- pigmen yang terdapat pada makanan - antaranya, sayur-sayuran hijau
- kandungan lemak yang tinggi dalam makanan
- kesan sampingan dari beberapa jenis ubat-ubatan
Namun begitu, gejala perubahan warna najis juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- gangguan saluran hempedu atau organ hati
- jangkitan virus atau bakteria
- perdarahan pada saluran pencernaan
- tanda-tanda ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.