
Sulit
4 tahun
Najis warna coklat dan hitam
Sy lelaki umur 17 thn , sy mendapati bahawa najis sy berwarna coklat dan ada sedikit warna hitam di najis sy. Kadang-kadang bila time berak tu sy rasa sakit dan ada darah merah cerah keluar bersama dgn tu najis. Dan bila suda selesai berak tu , sy rasa mcm usus sy belum dikosongkan sepenuhnya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu najis warna coklat dan hitam serta kadang-kadang terdapat darah berwarna merah cerah. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan dalam sistem usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut
- Pengambilan ibuprofen atau pill zat besi (iron pills)
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.