
Sulit
4 tahun
Najis yang kecil dan leper macam pensil
Saya berusia 49 tahun. Kebelakangan ni saya membuang air besar kadang2 terkeluar najis warna coklat tapi agak kecil dan leper macam pensil. Saya pun agak kerap kena asid refluks. Apa tandanya doktor? Terima kasih doktor kerana membaca dan membalas soalan saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah sembelit. Masalah sembelit biasanya disebabkan oleh:
- Kurang makan makanan mengandungi serat seperti buah-buahan dan sayur sayuran
- Dehidrasi akibat kurang minum air
- Kurang aktif
- Sering menahan keinginan untuk ke tandas
- Stress
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.