
Sulit
3 tahun
Nak gugurkan kandungan dalam 1 lebih
Saya wanita 31an saya mengalami kehamilan dalam sebulan lebih…tetapi saya nak mengugurkan kandungan saya sebulan lebih ini…macam mana saya ingin mengugurkan kandungan ini

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami keinginan anda untuk mengugurkan anak. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, menggugurkan kehamilan adalah salah disisi undang-undang. menggugurkan kehamilan sendiri tanpa nasihat atau pengawasan doktor seperti dengan mengambil ubat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang membahayakan.
Terdapat banyak kesan sampingan yang yang boleh berlaku akibat pengambilan ubat gugur kandungan di farmasi, iaitu:
- Kekejangan
- Pendarahan yang banyak
- Keletihan
- Sakit payu dara
- Loya dan muntah-muntah
- Demam
- Cirit-birit
- Jangkitan kuman
- Saki baki kandungan yang digugur masih tertinggal di dalam rahim berpotensi untuk menyebabkan jangkitan kuman atau “septic abortion” dan ini boleh mengancam nyawa.
Kami menasihati anda untuk merujuk kepada doktor bertauliah agar anda dapat dibantu. Kami berharap anda tidak gugur kandungan di klinik yang tidak sah atau dengan melakukan perkara-perkara tertentu kerana ia boleh membahayakan nyawa isteri anda.
Anda boleh menghubungi kami mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak.