
Anonymous
6 tahun
Nak tahu priod normal ng xteratur
hye sy zura…nk tye ng doc la…cmne priod normal n xtratue ye.???
sy priod dtg tiap2 bulan tp tarikh dtg priod tu xsama la…tu kire priod normal ke xtratur ye doc

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Menstruasi atau haid adalah pendarahan bulanan bagi setiap wanita. Kebiasaannya haid berlaku selama 3 hingga 5 hari.
Apabila haid anda datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan anda berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan anda. Ia juga membantu badan anda bersedia untuk mengandung pada setiap bulan kitaran haid berlaku.
Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih