Sulit
2 tahun
Nak tambah pengetahuan
Berapa kos nak buat full checkup? betul ke check darah dpt tahu saya sedang sakit apa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut kenyataan anda, anda ingin mengetahui apakah pengambilan darah dapat mengenal pasti sekiranya seseorang itu mengalami sebarang penyakit. Anda juga ingin mengetahui tentang kos full checkup. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan darah boleh dilakukan untuk menilai
- jumlah sel darah
- kadar metabolisma tubuh
- tahap kolesterol
Namun begitu, pemeriksaan itu juga boleh dilaksanakan untuk menilai kondisi tubuh yang lebih serius serta memerlukan rawatan lanjut seperti:
- jangkitan bekteria atau virus
- gangguan perdarahan
- penyakit kronik
- kanser
Tambahan lagi, terdapat pelbagai jenis pemeriksaan lain yang boleh dilakukan untuk menilai kesihatan seseorang.
Disamping itu, anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.