
Sulit
3 tahun
Nak tanya pasal vaksin dan perancang klau boleh ambil
salam hi saya Sarah umur 27 tahun dan mempunyai 5 anak… saya nak tanya doc boleh ka saya ambil vaksin tapi minum pill perancang atau saya stop dlu ambil pill perancang nnty lepas vaksin baru ambil semula…

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan anda mengenai pengambilan pil perancang dan suntikan vaksin COVID-19.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan pil perancang tidak menjadi halangan bagi mereka yang ingin turut serta mendapatkan vaksin COVID-19. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia. Anda boleh mengambil vaksin Covid 19 di mana-mana PPV yang behampiran dengan rumah anda.
namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini