
Sulit
4 tahun
Nak tidur pun rasa takut2 nak naik kereta pun takut
Apa beza pakar psikologi dan pakar psikiatri?
Saya sesuai pakar yang mana satu?
Simptom saya hari2 ketakutan pastu nak muntah(xkua isi),panik sikit stres sikit marah rasa mcm susah nafas pastu rasa nak sendawa2.saya sendiri rasa angin sendawa tu berada di dada.pikiran selalu ckp sorang2 dlm kepala yang perkataannya ulang2.bila lapar pulak saya suka pikir pasal bernafas,bila xberfikir bernafas,saya perasan yg saya xbernafas.tidur selalu terjaga cbb rasa mcm xbernafas,saya tarik nafas dalam-dalam. Kat situ saya jadi takut. Naik kereta pun saya rasa mcm terkurung,mulalah rasa cam sesak nafas. makan pun xde selera sgt.saya sudah dpt appointment dengan doktor pakar(xtahu pakar yg mana satu). Saya nak tahu saya ni sakit apa sebenarnya? Mental/emosi? Tapi saya xdelah sampai nak cederakan diri sendiri. Saya cuma rasa xmcm selalu. Xseperti normal. Saya cuma nak sihat seperti dulu. Sedih saya rasa saya mcm ni xleh buat ape2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, mudah panik jantung berdegup kencang, sakit dada, tangan bergetar, mual dan pening merupakan salah satu dari gejala emosi yang tidak stabil yang perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan fobia atau penyesuaian diri
- gangguan kesihatan yang lain
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikiatri untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.