
Sulit
4 tahun
Nanah dalam Saluran kencing, Zakar,
Terdapat Cairan kuning dalam saluran kencing sy, Sy syak ia nanah, terasa sedikit pedih dalam saluran zakar sy, apabila kencing secara deras. Air kencing sy juga berkeladak, sy lihat ada selaput2 putih dalam air kencing tersebut.dan air kencing yg deras juga menghasilkan buih kerana sy kencing dalam gelas kaca. adakah sy ada masalah buah pinggang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing kotor, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Sekiranya punca dapat dikenal pasti melalui ujian air kencing dan darah, rawatan yang sesuai boleh diberi kepada anda. Biasanya doktor pakar bahagian urologi akan merawat gejala yang di alami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang di hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih