
Sulit
4 tahun
Nanah dari Pusat keluar
Saya lelaki berusia 19 tahun, sudah 3 hari berasa sakit dibahagian pusat perut.
Sedang saya mahu membuang air, terperasan ada nanah yang bergumpal dgn bulu di kawasan celah pusat. Apabila saya tekan dikawasan pusat, keluar nanah.
Saya bersihkan nanah tersebut dan kini tiada lagi cuma berasa sakit sikit sahaja.
Adakah ia normal nanah atau jerawat atau bisol dekat dalam pusat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah tersebut boleh disebabkan okeh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- umbilical granuloma
- sinus pada pusat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Memandangkan telah keluar nanah, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi rawatan yang bersesuaian.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.