fateen1991
4 tahun
Nausea during pregnancy
Adakah pulin selamat digunakan oleh ibu mengandung (first trimester) untuk masalah mual.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan ubat Pulin semasa awal mengandung tidak menunjukkan sebarang masalah berdasarkan laporan penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2014. Namun begitu, sekiranya anda ingin menggunakan ubat bagi masalah mual, anda perlu berbincang dengan doktor anda dahulu kerana mereka mungkin mempunyai ubat lain. Alternatifnya, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.