
Sulit
3 tahun
Nenek saya close contact
pada awalnya nenek saya memang tinggal dirumah saya, tpi 31hb july anaknya ambil dan di duduk bersama mereka. pada 2 ogos wife anaknya demam dan melakukan kuaratin kendiri di bilik.
disebabkan itu, dia menghantar semula nenek saya ke rumah saya pada 4hb kerana takut wife nya positive covid.
pada 6 ogos wife nya buat self test covid dan resultnya negative, dan suaminya atau anak kepada nenek saya buat swab test dan positive.
pada 9 ogos anaknya iaitu cucu kepada nenek saya demam dan buat swab test, perlu tunggu 3 hari untuk dptkan result.
saya sekeluarga pada awalnya tak tahu yg mereka demam mse pulangkan nenek ke mari. Selepas didesak baru dia cerita. Oleh itu, adakah saya perlu bwk nenek saya buat swab test selepas 6 hari lps pulang ke rumah saya atau saya perlu tunggu 10- 14 hari lps nenek saya pulang ke rumah sye baru buat swab test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh bawa nenek anda untuk swab test sebelum kuarantin dan selepas kuarantin juga untuk keselamatannya serta ahli keluarga anda. Sebabnya jangkitan covid 19 boleh terjadi bila-bila masa sahaja 1 minggu sebelum atau selepas kontak rapat dengan sesiapa positif.
Selain itu, sila kemas kini status nenek anda serta ahli keluarga anda dalam app MySejaterah, menjawab soalan yang berkaitan dan anda akan terima arahan terkini untuk diikuti. Tambahan pula, Anda semua juga dikehendaki mengikuti SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain untuk elakkan jangkitan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini