
Sulit
4 tahun
Neomycin untuk jerawat?
Saya baru pergi ke klinik kesihatan untuk rawatan jerawat dan mereka memberi neomycin 0.5%. Adakah ia nya untuk sapu di jerawat? Saya menjadi agak ragu ragu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, ya. Ubat neomycin tersebut boleh digunakan untuk merawat jerawat pada kulit. Hal ini kerana ia adalah ubat daripada kategori antibiotik yang berpotensi untuk mengurangkan pembiakan bakteria / kuman pada kulit anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.