
Anonymous
5 tahun
Ngilu payudara belah kiri bahagian bawah
assalammualaikum sy intan berumur 25 sudah berkahwin… sy skrg merasa ngilu sakit belah kiri bahagian bawah payudara… adakah merbahayakan dan kena rujuk pada doktor… benar2 risau sangat… risau barah payudara… sy harap tiada lah semua itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkaitan dengan masalah anda, ia mungkin berpunca dari pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh haid. Selalunya wanita akan merasa payudara nyilu atau sakit sebelum haid.
- Kecederaan pada payudara
- Payudara yang besar juga akan mengalami kesakitan jika salah memilih pakaian dalam
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Berikut adalah gejalan -gejala barah payudara :
- Bengkak pada sebahagian payudara
- Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
- Puting masuk ke dalam atau sakit
- Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
- Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
- Ketulan pada bahagian ketiak
Jika anda mengalami gejala seperti ini sila berjumpa dengan doktor segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.