Sulit

3 tahun

Nilai Ct-Value untuk positif Covid-19

Saya ada pertanyaan jika saya positif Covid-19 dan Ct-Value 32 itu pada keberangkalian jangkitan yang tinggi atau rendah?

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. CT value ataupun cycle threshold adalah nilai dalam ujian PCR untuk mengesan SARS-CoV-2 coronavirus. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang daripada 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.

Jika pengesanan CT value adalah rendah boleh bermakna:

  • Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
  • Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
  • Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
  • Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
  • Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.

Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna;

  • Jangkitan berada di peringkat akhir
  • Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
  • Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
  • Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
  • Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
  • Pengesanan saki baki virus sahaja.
  • Juga didapati dalam satu kajian di IMR, beberapa sampel klinikal yang mempunyai PCR Ct value 32 dan ke atas telah dimasukkan dalam sel sesuai untuk membiak virus. Namun tiada sample yang berjaya menghasilkan virus hidup dan ini menunjukkan risiko rendah kebolehjangkitan.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Selain itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.

Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Selain itu, jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.

AdobeStock_109612103

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)