
Sulit
4 tahun
Normal ke kalau darah period sedikit dan berlendir
Saya baru datang period. Saya perasan period saya sedikit dan keluar ketika kecing ja. Agak cair dan berlendir. Tapi ia keluar dalam kitaran haid saya. Normal ke doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, haid sedikit boleh menjadi perkara yang normal. Lebih-lebih lagi anda sedang mengalami pendarahan dalam masa kitaran haid anda yang betul. Penyebab haid sikit boleh disebabkan oleh punca-punca berikut:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid sikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!