
muhammadumairsamad
5 tahun
Novel Coronavirus (COVID-19)
Adakah selamat ketika ini untuk pergi ke Taiwan? Apakah status wabak Novel Coronavirus (COVID-19) di sana? Atau lebih baik tidak ke Taiwan buat masa ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Status COVID-19 di Taiwan sekarang adalah 20 kes yang disahkan positif dan 1 kematian disebabkan oleh COVID-19. Anda disarankan untuk menunda lawatan anda ke Taiwan kerana masih tiada vaksin untuk virus ini sekarang. Oleh itu, untuk tujuan keselamatan, sebaiknya anda menghindari lawatan ke mana-mana negara yang mempunyai kes COVID-19 walaupun setiap negara di luar China juga mempunyai strategi masing-masing untuk mengurangkan penyebaran virus ini.
Anda boleh berkunjung ke laman sesawang atau portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga laman facebook Kesihatan Awam Malaysia. Selain itu, sila ikut perkembangan lanjut berkenaan dengan isu ini di www.doctoroncall.com.my/coronavirus untuk mendapatkan informasi tepat lagi terkini.
Klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini