
maisarahmarzuki07
5 tahun
Nuchal fold thickness
Salam. Sy pregnant 25 minggu. Sy mengalami kekeliruan mengenai nuchal fold thickness. Td sy membuat details scan, thickness yang sy dapat 0.62cm pada usia kandungan 25 minggu. Tapi pada pendapat sonographer, untuk tgk abnormalities thru nuchal fold dah tak valid sbb usia kandungan dah lebih 24 minggu. Alhamdulillah anggota yang lain normal. Tetapi sy terjumpa article, yang menyatakan nuchal fold thickness boleh dikira hingga 25minggu, dan tidah boleh melebihi 0.60cm. soalan nya, nuchal fold thickness last boleh dikira pada 24minggu atau 25 minggu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ujian “nuchal fold scan” ini pada amnya dibuat sehingga minggu ke-24 dan nilainya pula tidak melebihi 6mm (0.6 cm). Terdapat kontroversi dimana sesetengah doktor berpendapat bahawa ujian boleh dilakukan hingga pada 25 minggu dan nilai boleh sedikit tinggi. Walaubagaimanapun, penilaian keseluruhan perkembangan janin perlu diambil kira selain daripada “nuchal fold thickness” sahaja. Oleh yang demikia, sekiranya doktor anda tidak menjumpai apa-apa yang merisaukan, maka anda juga tidak perlu berasa risau juga. Sekian