
Sulit
4 tahun
OCD (obsessive compulsive disorder)
Saya wanita berusia 26 tahun… baru-baru ini saya ada terbaca mengenai penyakit OCD. Saya ingin bertanya sama ada saya ini adalah normal atau saya tergolong dalam golongan yang mempunyai penyakit OCD. Saya tidaklah obsessive terhadap kebersihan tetapi dalam bab kerja, saya jenis yang was-was. Sebagai contohnya jika saya menjadi orang terakhir yang menutup suis di klinik, pada mulanya saya dah pasti semua suis sudah saya tutup tetapi tidak sampai 10 minit saya akan jadi was-was, jadi saya akan cek sekali lagi sama ada betul atau tidak semua suis sudah saya tutup. Jika bab mengira, saya akan mengira satu benda sampai saya pasti apa yg saya kira adalah betul, saya akan ulang sehingga saya puas hati jadi ia telah menyebabkan saya habiskan masa yang lama untuk perkara yang remeh begitu. Dan bila di tempat kerja, ada masa saya akan rasa seperti rakan di tempat kerja tidak menyukai saya, saya akan berfikir sehingga saya rasakan jantung saya berdebar-debar seterusnya ia akan mengganggu mood saya pada hari itu. Adakah ini normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda tentang keadaan anda yang alami.
Berdasarkan kenyataan anda, punca anda mengalami keadaan ini mungkin berpunca dari pada persekitaran yang stres dan tidak ceria. Oleh sebab it, kami sarankan anda mencuba beberapa teknik berikut untuk mengurangkan stres anda:
- Dapatkan tidur yang cukup
- Luahkan perasaan kepada orang yang anda selesa dan percaya mengenai masalah anda
- Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia dapat membina keyakinan diri secara langsung
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami juga ingin menasihati anda agar untuk sentiasa berkeyakinan diri dan selalu berfikiran positif dalam menangani masalah anda. Seharusnya anda juga boleh berjumpa dengan pihak kounseling bagi mendapatkan nasihat yang diperlukan untuk anda.
Anda juga boleh berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mendapatkan ubat-ubatan mengawal gejala anda sekiranya perkara ini berlarutan. Namun, ubat-ubatan tersebut harus didapatkan melalui perskripsi yang sah daripada doktor anda setelah menjalani ujian kesihatan yang berpatutan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.