Sulit
4 tahun
Onani pemusnah masa depan (jauhi zina)
Salam dr, saya wanita berumur 21. Saya telah terlibat melakukan aktiviti onani sejak dahulu lagi. Sekarang saya dlm proses untuk berhenti disebabkan emosi saya x stabil. Bahagian atas sebelah kiri (kepala, muka, leher, lengan, dada) saya sakit seperti tertarik, jerawat sebelah kiri saya juga naik berbanding sebelah kanan dan bahagian sebelah kiri (pipi, lengan, payudara) saya juga seperti lebih besar berbanding kanan. Tambahan lagi, gigi area sebelah kiri saya juga sakit ditambah lahgi gigi gerahan saya atas bwh sebelah kiri sudah tumbuh. Ia menambahkan lagi ketidakselesaan terhadap saya. Selain itu, kaki sebelah kanan saya sgt lemah. Apabila saya ingin berjalan, sy dpt rasakan kaki saya seperti tempang n x ada keseimbangan. Jika saya sedang mencangkung dengan menggunakan kaki kanan, saya dpt rasa kan otot di bawah paha saya bergerak. Ini menyebabkan saya tidak selesa dengan badan saya. Sebelum itu, berat saya dahulu 75 n sekarang berat saya 60 disebabkan ketidak jagaan pemakanan yg baik. Saya juga mempunyai masalah untuk bersosial terutamanya dengan lelaki. Apabila saya ke kwsn public, saya mulai tercungap2 n susah untuk bernafas, dan ketika itu, sakit2 yg saya mention di atas keluar. Ia menyebabkan saya takut untuk keluar dan berkomunikasi. Bolehkah dr suggestkan saya apa2 aktiviti regangan untuk menghilang rasa sakit tersebut? Dan apakah pendapat dr terhadap sakit yg sy lalui ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti kegelisahan, stress, fobia dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders di talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.



























