
nurmahirahaidee
5 tahun
Opll disebabkan saraf tunjang terhimpit
Suami saya accident mri menunjukkan c3 Dan c4 mengalami bengkak. Suami sy tak boleh bangun sendiri tetapi kaki Dean tangan masih boleh bergerak. Adakah suami saya lumpuh sementara atau ianya kesan sebelum bengkak hilang. Sekarang makan ubat steroids untuk 3 minggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, prognosis (kemungkinan perjalanan keadaan perubatan) seseorang pesakit tidak boleh ditentukan berdasarkan deskripsi anda sahaja. Terdapat banyak faktor yang menentukan tempoh kelumpuhan seseorang.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.