
Sulit
4 tahun
Orang Tua dalam lingkungan 60 ke 65 thun kerap marah-marah lebih-lebih lagi selepas dia berhenti merokok. Apakah alasan dan sebab dia marah marah. Adakah ada kaitan dengan masalah mental atau seangkatan
Saya ada seorang ayah berumur dalam lingkungan 64 tahun. Dahulu dia seorg perokok tetapi sekarang dia sudah berhenti merokok. Namun selepas berhenti merokok terlihat perangai dia yang berbeza sekali. Sekarang dia kerap marah ii dan melenting. Walaupun dia tidaklah memarahi kami sekeluarga tetapi perbezaan sikap itu amat dibimbangi. Boleh dikatakan sehari mesti akan dengar dia marah ii. Saya bimbang dan musykil. Adakah perubahan sikap ini ada kaitan secara medically atau tidak. Atau ada kaitan dengan jiwa mahupun rohani. Sekalipun ada kaitan dengan dia yg dh berhenti merokok. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan simptom penarikan nikotin (withdrawal symptom) rokok atau nikotin adalah seperti berikut:
- Sakit kepala,
- Mual,
- Insomnia,
- Nafsu makan meningkat
- Tidak dapat menumpukan perhatian
- Berpeluh
- Gelisah
- Cepat marah dan hilang sabar
- Kemurungan
Untuk makluman pihak anda, sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada anda mengalami masalah emosi atau mental. Hal ini kerana sebelum sampai ke diagnosis, terdapat banyak soalan yang harus diajukan, pemeriksaan serta mengambil kira diagnosis lain sebelum mebuat kesimpulan ianya adalah masalah emosi atau mental. Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar yang berkaitan sebelum diagnosis dibuat.
Selain daripada kesan berhenti merokok sikap marah ayah anda mungkin berpunca daripada:
- Masalah personaliti
- Emosi stres
- Kejadian yang tidak diinginkan
- Kenangan akan kejadian yang trauma
- Masalah hormon tidak stabil
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.