
Sulit
5 tahun
Orang Tua Kurang rasa sabar Dan tiba-tiba Marah dan selalunya Lupa Barang
Datuk Saya umur 71 tahun Dia selalu Kurang Rasa Sabar dan tiba-tiba Marah dan selalu lupa Barang perlukah pergi ke Hospital untuk Membuat Ct Brain scan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pada kebanyakan warga berusia terdapat kondisi yang dikenali sebagai Dementia yaitu penurunan kebolehan untuk berfikir, mengingat (memori) dan menganalisa (reasoning) sesuatu. Dementia boleh terjadi akibat pelbagai perkara seperti:
- Alzheimer yang juga dikenali dalam bahasa awam sebagai nyanyuk
- Penyakit vaskular seperti stroke
- Akibatan ubatan
- Terkait penyakit Parkinson
- Lewy bodies dementia yaitu apabila terdapat deposit protein yang tumbuh di saraf otak
- Frontotemporal dementia
Sebaiknya anda merujuk doktor tentang kondisi ibu anda, hal ini kerana sebahagian penyebab dementia adalah reversible, maka boleh sembuh dengan ubat. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa sebahagian yang lain penyebab dementia adalah bersifat irreversible dan progresif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.