Anonymous
7 tahun
Otak terasa berdenyut
saya berumur 16 tahun. saya nak tanya kenapa saya selalu rasa macam ada denyut atau gelombang dalam otak saya? kalau baring, selalu rasa. kadang sakit. saya pun kerap sakit kepala.
7 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Setiap orang mempunyai cara berbeza apabila menggambarkan simptom sakit yang dihadapi. Denyut boleh juga ditafsirkan sebagai salah satu jenis kesakitan iaitu kesakitan berdenyut. Namun begitu sekiranya anda bermaksud denyut yang bukan kesakitan, terdapat beberapa punca denyutan tersebut.
Biasanya denyutan yang dirasai terutamanya ketika berbaring adalah denyutan jantung.
Pembuluh darah arteri anda juga boleh berdenyut dan ini boleh dirasai bagi sesetengah orang. Pembuluh darah yang paling biasa dirasakan denyutannya adalah pada karotid iaitu di leher anda. Ia juga boleh dirasai pada arteri di dahi anda iaitu arteri temporal. Ia amat ketara bagi sesetengah orang terutamanya ketika berbaring. Selain itu, denyutan di telinga seperti masalah tinnitus iaitu telinga berdengung juga boleh menyebabkan masalah ini.
Saya sarankan anda mendapatkan nasihat doktor bagi mengenal pasti punca masalah ini serta cara mengatasinya. Anda boleh klik link dibawah untuk bercakap dengan doktor kami.
https://t2m.io/0YmMUXBO


































