mohdrizalbinsyead
3 tahun
Otot bahagian anggota kanan rasa lemah dan kebas
. Sejak sebulan lalu, sy mengalami masalah saraf tersepit di bahagian belikat dsn telah berurut. Tp sejak akhir akhir ni, sy mengalami lemah di anggota sebelah
anggota sebelah kanan dan terasa sakit dibahagian bahu, tangan dan di muka sebelah kanan dan juga terasa sakit di perut belah kanan… Apakah puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada bahagian belikat kanan anda boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang dan bahu
- Radang saraf bahu atau tulang belakang
- Masalah saraf bahu sempit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.