
Sulit
5 tahun
Otot rasa berdenyut, tulang terasa ngilu pada bahagian tertentu
otot berdemyut, tulang terasa ngilu
Salam Sejahtera,
Sy nak bertanya, pd 26 mac lalu sy ada ke klinik disebabkan masalah berdebar-debar
Namun doktor sahkan sy cuma alami gastrik saja dan sy amalkan ubat yg diberi sampai hari ni
Cuma yg menjadi kerisauan sy sekarang ni ialah masalah otot berdenyut dan tulang terasa ngilu
Sy alaminya pd masa yg tidak tentu
Otot berdenyut pada :
- belakang buku lali kiri
- belakang lutut kiri
- tricep kiri
- bicep kanan
- dada kanan dan kiri (berlaku di kawasan tidak tetap)
Ngilu tulang pada :
- jari kaki kiri
- jari tangan kanan dan kiri
Sendi kanan terasa sakit bila diregangkan dan keadaan ngilu + sakit tu seolah berjalan terutama di anggota kiri badan dan kadang2 berjalan sampai kepala tapi tak rasa pening pun
Sy risau sbb ada terbaca salah satu simptom dari wabak menular ialah sakit sendi
Jadi sy xpasti sama ada sy sakit sendi atau tidak
Apakah masalah yg sy alami skrg ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Seperti yang anda dapat lihat, gejala berikut merupakan antara gejala yang sering kita alami. Maka, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Masalah otot dan sendi yang anda terangkan boleh disebabkan oleh:
- Benign fasciculation syndrome
- Masalah keresahan
- Irritable bowel syndrome
- Pedih hulu hati
- Sakit kepala
- Kekurangan mineral magnesium atau kalsium
- Senaman berat
- Merokok
- Keletihan
- Terlebih kafein
- Masalah tidur
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini