
Sulit
4 tahun
Ovari tak berfungsi dan saya ingin mengandung. Boleh doktor terangkan bagaimana saya ingin hamil?
Saya berumur 36 tahun, saya dan suami ingin menimang cahaya mata yg ke3. Tapi dh bertahun cuba masih tak boleh. Bila saya pegi check ngn dr hari tu kat kk dr ckp ovari saya dh tk fungsi, dia kata seperti menopause awal tp saya masih ada period tp tak mcm dlu. Boleh terangkan lebih ttg bab ni? dan cmner saya boleh rawat dia

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan kepada kami.
Melalui keterangan puan, kami memahami yang puan mengalami kegagalan pramatang ovari (primary ovarian insufficiency). Penyakit ini bermakna ovari puan tidak berfungsi sebelum umur 40 tahun. Secara amnya, simptom-simptom awal menopause boleh berlaku secara semula jadi bila seorang wanita capai umur 40 tahun. Tapi untuk wanita yang menghidapi kegagalan pramatang ovari, mereka akan mengalami haid tak teratur dan kurang kesuburan sebelum umur 40 tahun.
Antara simptom yang sering berlaku adalah haid yang tak teratur dan haid datang lambat. Selain daripada simptom berikut, puan mungkin boleh perasan tanda-tanda berikut:
- kemerahan dan rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada
- peluh pada waktu malam
- kurang tumpuan
- kurang keinginan untuk melakukan seks
- kesakitan waktu melakukan seks
Penyakit ini juga menyebabkan kemandulan dan kekangan untuk seorang isteri untuk mengandung. Namun ia tidak mustahil seseorang yang menghidapi kegagalan pramatang ovari untuk mengandung. Namun begitu ada beberapa rawatan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:
- terapi penggantian hormon. Ia merupakan rawatan yang selalu digunakan untuk merawat simptom penyakit ini
- supplemen kalsium dan vitamin D perlu diambil setiap hari, kerana wanita yang menghidapi kegagalan pramatang ovari sering mengalami penyakit tulang rapuh (osteoporosis)
- persenyawaan in vitro (IVF) boleh dilakukan untuk wanita yang cuba untuk hamil
Walaubagaimanapun, saya nasihatkan puan untuk mendapat pandangan dari doktor pakar untuk penjelasan yang lebih jelas dan mendapatkan langkah seterusnya sekiranya puan berancang untuk mengandung. Saya hanya boleh memberikan penerangan am tentang masalah puan kerana untuk memberikan kesimpulan dan rawatan yang tepat perlu membuat pemeriksaan. Anda boleh juga klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung di atas talian bersama doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.