
Sulit
4 tahun
Ovarion cyst punca tiada period
Saya wanita berumur 47 tahun,pada 22/8 saya merasa sakit dipinggang dah bawah perot mcm sengugut, my last period 14/8 sampai skrg 25/9 tiada period, perot mcm pregnant 5 bulan, doktor bgtau ada cyst at left & right ovari, right cyst size 3.2cm & left cyst size 2.6cm, mcmmane nk buat sya tak period, perot besar mcm pregnat, pinggang still sakit, my next appointment on Dec 2020.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sista ovari yang baru sahaja dikenalpasti oleh doktor anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa fakta yang anda perlu ketahui mengenai gejala penyakit sista pada ovari, iaitu:
- Ketumbuhan sista pada ovari boleh mengganggu rembesan hormon daripada ovari anda. Ini akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu dan juga menyebabkan anda mandul, dimana ovulasi tidak akan berlaku akibat kewujudan sista tersebut.
- Gejala sista ini kadangkala boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang berlaku atas ovari anda. Kadangkala ia juga boleh disebabkan oleh masalah tiroid dan juga jangkitan kuman pada organ reproduktif wanita atau ruangan pelvis.
- Perut membesar adalah disebabkan oleh sista ovari yang membesar. Sista ovari ini mengandungi cecair dalaman yang boleh berkumpul pada kelamaan.
- Pinggang yang sakit juga boleh disebabkan oleh pembesaran sista tersebut secara langsung. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh sekatan pada saluran buah pinggang yang ditindih oleh sista ovari tersebut. Sila pantau sekiranya anda mempunyai masalah kencing.
- Tidak semua sista ovari akan menyebabkan masalah haid tidak teratur atau haid tidak datang. Namun sekiranya ada, makan masalah sista ovari anda merupakan sista yang perlu dirawat secepat mungkin.
Untuk makluman anda, sista ovari ini kadangkala adalah suatu perkara yang normal, iaitu dikenali sebagai Functional ovarian cyst yang akan hilang dengan sendirinya. Namun, jika ia bukan lah sejenis sista berfungsi, maka ia adalah sista yang bermasalah.
Salah satu cara untuk merawat penyakit sista ovari ini adalah menggunakan pil perancang atau COC (Combined Oral Contraceptives) yang mengandungi hormon estrogen dan progestogen sintetik bagi membantu keseimbangan hormon anda dalam kitaran haid. Namun, ubat ini perlu menerima konsultasi lanjut oleh doktor anda sebelum menggunakannya dan mendapatkannya dengan preskripsi yang sah.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda untuk menerima nasihat dari doktor anda mengenai rawatan yang terbaik ketika temujanji yang akan datang. Kami tidak dapat memberi cadangan ubat ketika waktu ini kerana kami tidak mempunyai informasi yang teliti mengenai kondisi anda, sepertimana yang doktor anda miliki.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!