
Sulit
4 tahun
Pada mulanya sukar nak membuang, sembelit, sehari selepasnya pedih di dubur semasa buang air besar, najis hitam, sakit perut sebelah kiri
Saya wanita berumur 28tahun. Saya sukar buang air besar sehari lepas, merasa sangat pedih di dubur ketika ingin buang air besar selepasnya. Angin, saya sendawa utk keluarkan. Pedih di dubur jika buang angin di dubur. Sekejap-sekejap perut sakit sedikit seperti dicucuk di sebelah kiri. Najis berwarna hitam selepasnya. Mengapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami berkait rapat dengan masalah saluran penghadaman. Terdapat pelbagai punca berlakunya masalah seperti yang anda alami, antaranya ialah:
- masalah pada perut (ulser/ jangkitan kuman)
- jangkitan kuman dan bakteria
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
Berkenaan dengan keterangan anda, terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam saluran penghadaman.
- terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Jika anda mengalami simptom berikut, anda hendaklah berjumpa dengan doktor:
- sesak nafas
- pening kepala
- pitam
- kelihatan pucat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih