
Sulit
4 tahun
Pahit seluruh mulut dah 2 minggu adakah ini bahaya
Hai doktor, saya nak tanya, 2 minggu lepas saya buat endokskopi melalui mulut, selepas dari haritu, mulut saya sentiasa pahit, lidah gigi saga semua pahit… Adakah ini normal? Sy makan ubat vencid (2 biji)+ claritrox (4 biji) +betamox (4 biji) setiap sehari, adakah ini kesan baik atau buruk ya doktor? Tolong saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, rembusan ubat kebas yang dipancit ke dalam mulut anda semasa endoskopi mungkin punca mulut anda berasa pahit. Oleh kerana anda mengambil ubat antibiotik dan proton pump inhibitor , ini boleh menyumbang kepada rasa pahit dalam mulut anda. Selain itu, masalah refluks asid boleh meninggalkan rasa pahit dalam mulut anda juga. Punca punca lain adalah seperti:
- Masalah pergigian
- Jangkitan kulat dalam mulut
- Sering makan kacang pine
- Keresahan dan stres
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.