
aziepul_88
5 tahun
Pakar sda sahkan ade tumor to tggu mri utk kepastian
Ank saya pakar dah sahkan ada tumor tp nk buat mri esok untuk detail tumor tp untk oprate pakar ckp mkn mse 1bulan utk oprate sbb alasan xder bilik picu…berisiko ke doc klu tggu sampai sebulan atau ape yg doc bleh cadangkan utk kselamatan ank prempuan sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya anda jelaskan kondisi anak anda, diagnosis yang diberikan, lokasi tumor, serta usia anak anda. Sukar untuk ditentukan tahap urgensi atau kecemasan anak anda sekiranya anda tidak menjelaskan jenis tumor yang dihidapi anak anda.
Sebetulnya setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh doktor anda, seperti menunda operasi, mempunyai sokongan dan dukungan daripada kajian-kajian saintifik terdahulu serta bersesuaian garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seandainya anda meragui, sebaiknya anda berbincang dengan doktor agar mendapat keterangan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.