Sulit
4 tahun
Paleness Wajah Pucat Semasa menjadi pesakit Covid 19
Saya positif covid19. Saya mengalami simptom covid-19. Saya menyedari wajah saya menjadi kuning dan terlalu pucat sedangkan pesakit lain tidak mengalami simptom tersebut. Adakah mungkin ada penyakit lain yang saya alami? Kerana wajah saya menjadi kuning seperti ayah saya yang menghidap anemia
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Virus hepatitis
- Penyakit hati (kerusakan hati) yang disebabkan terlalu banyak minum alkohol.
- Penyakit Leptospirosis
- bile cirrhosis
- Kanser hati
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti paracetamol
- Anemia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































