
Anonymous
6 tahun
Panadol boleh ke untuk mengandung?
Saya hamil baru 7 minggu. Dan saya sering sakit kepala. Adakah panadol selamat untuk saya? Dan saya makan jugak folic acid tapi bila makan saya terus sakit kepala dan lemah satu badan. Sekarang saya dah stop makan folic acid

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Panadol adalah dalam kelas ubat yang dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit yang) dan antipyretics (pengurang demam). Ia berfungsi dengan mengubah cara deria sakit badan dan menyejukkan badan. Setakat ini, Panadol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil,jika diambil dalam dos yang terkawal.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih