Sulit
4 tahun
Panas badan dan kurang berpeluh
Saya wanita telah habis kuarantin dan positif covid. Adakah saya boleh dijangkiti covid semula sekiranya ada kontak rapat pesakit covid?
Dalam tempoh beberapa hari selepasa kuarantin badan saya sekejap dalam keadaan panas tapi bukan demam ( kurang berpeluh) dan hari ini 3.7.2021 jam 1 pagi keadaan panas badan menyebabkan saya tak boleh tidur dan telah mandi untul kurang panas serta makan ubat panadol. Adakah saya demam biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda telah dijangkiti virus Covid dan telahpun melengkapkan tempoh kuarantin dan sekarang anda mengalami masalah panas badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, seseorang individu boleh dijangkiti virus Covid untuk kali kedua, namun perkara ini jarang berlaku. Hal ini berlaku disebabkan kekurangan imuniti dalam badan terhadap virus Covid yang memang berlaku 3 bulan pasca jangkitan Covid.
Masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh perkara lain seperti :
- Pengambilan air yang kurang, menyebabkan dehydrasi
- Berada di bawah pancaran matahari untuk jangka masa yang panjang
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan beberapa jenis ubat-ubatan
Saranan kami untuk anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk nasihat lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































