
Sulit
5 tahun
Panas dalam dan pening
Seminggu ni saya perasan bila lepas mandi tahi mata akn keluar sampai waktu tengahari. Tidur malam terasa panas. Saya terpaksa pakai cool fever. Suhu normal. Sejak ini jgk saya rasa kepala mcm melayang. Tk sakit. Tapi mcm terampung

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Bacterial conjunctivitis (sakit mata)
- Viral conjunctivitis
- Eyelid cellulitis
- Termasuk bendasing dalam mata
- Saluran air mata tersumbat
Masalah pening kepala terasa seperti melayang boleh disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Masalah tekanan darah
- BPV (Benign Positional Vertigo)
- Kencing manis
- Anemia (kurang darah)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.