
Sulit
3 tahun
Pancut luar dan jauh
Hi.selepas main sama isteri saya tanpa condom dan saya keluarkan zakar dari faraj dan saya baring tepi isteri melancap keluar air mani saya…ada buat macam bini saya boleh mengandung

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa seorang perempuan boleh mengandung walaupun tidak melakukan sebarang penetrasi seksual
Walaupun kebarangkaliannya adalah rendah, persenyawaan masih boleh berlaku jika air mani berada di sekitar kawasan vagina.
Terdapat 2 komponen yang penting untuk menjadikan kehamilan.
- Sel telur wanita dikeluarkan 1 kali dalam purata setiap 28 hari dikenali sebagai proses ovulasi. Bertahan 24 jam pada saluran tuba rahim, kemudian akan meleburkan diri jika tidak dibuahi.
- Sperma. Jika dikeluarkan didalam vagina wanita, akan dapat bertahan hidup hingga 5 hari.
Kehamilan dapat terjadi bila ada pembuahan sel telur wanita oleh sperma. Sperma yang keluar disemprotkan ke dalam vagina wanita akan berjalan menuju saluran rahim tempat sel telur menunggu. Kesempatan untuk terjadinya kehamilan adalah pada saat masa subur, iaitu saat ovulasi yang dihitung dalam purata 14 hari selepas haid.
Jika sperma telah masuk namun bukan pada masa subur, umumnya tidak dapat terjadi kehamilan, Oleh itu, dalam senario seperti diterangkan, kemungkinan untuk hamil adalah kecil kerana tiada proses kemasukan alat kelamin suami ke kelamin wanita dengan pengeluaran sperma yang lebih kurang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya menjalani ujian UPT dan merujuk kepada doktor sekiranya perlu untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.