
syyaya21
5 tahun
Pandangan berpusing pusing
saya wanita berusia 28 tahun, pada 30hb jun saya telah mengalami kemalangan motosikal, dan megalami hentakan di kepala, sudah membuat ujian xray, tiada keretakan ditemui,pada hari kedua, kepala menjadi sakit, pandangan berpusing, mual dah muntah 6kali, kecederaan kulit kepala tidak terkoyak tetapi merah seperti darah di dalam kulit kepala, sehingga harini, sy mengalami mual dan pandangan berpusing, 2 kali pandangan menjadi gelap selama 2-3saat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala disertai dengan gejala seperti pengsan, mual dan muntah sebaiknya diperiksakan ke doktor kecemasan dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.